PKR mempersoalkan wang berjumlah RM7 bilion yang didakwa dipindahkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada satu akaun didakwa �sulit� di Cayman Islands.
Perkara itu didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB dan turut dibangkitkan dalam satu laporan The Edge, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini.
�Akaun pesisir rahsia hanya digunakan untuk urusniaga yang perlu disembunyikan dari pandangan, kerana negara tertentu mempunyai undang-undang yang melindungi perniagaan walau terdapat elemen jenayah atau rasuah.
�(Perdana menteri sementara) Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan segera mengenai pemindahan wang RM7 bilion ini, memandangkan beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB,� kata Rafizi. ~mkini
Iklan C (ii)