BATU PAHAT - Bekas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman diminta menyerahkan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor kepada Menteri Besar baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secepat mungkin seperti diamalkan parti berkenaan selama ini.
Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Abdul Ghani wajar menyerahkan segera jawatan itu kepada Mohamed Khaled bagi memudahkan perubahan dalam parti dilakukan segera.
Menurutnya, walaupun secara tradisinya, pertukaran jawatan berkenaan dibuat ketika pemilihan parti yang dijadualkan pada hujung tahun ini, namun tempoh berkenaan agak lama bagi melakukan perubahan dalaman Umno.
�Abdul Ghani perlu melakukan penyerahan jawatan itu secepat mungkin bagi memudahkan perubahan dibuat, ini kerana Johor yang dianggap kubu kuat Umno kini mengalami kemerosotan yang membimbangkan dalam PRU13 lalu.
�Walaupun Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai prerogatif untuk melakukannya sekarang, tetapi pertukaran jawatan itu akan menjadi mudah jika Abdul Ghani sendiri dengan rela hati menyerahkannya kepada Mohamed Khaled,� katanya.
Mohd Puad berkata, Umno negeri kini memerlukan pimpinan baru yang mampu menyuntik idea dan memulihkan parti berkenaan khususnya di Johor jika tidak mahu terus lemah. ~sinar harian