KUALA LUMPUR 9 Jun: Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan laporan Jabatan Kimia berkaitan isu dakwat kekal, bukti suruhanjaya itu menipu rakyat, kata Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.
Beliau mengulas kenyataan bercanggah antara Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam mengenai keselamatan dakwat kekal baru-baru ini.
�Sehingga hari ini, SPR gagal mengemukakan laporan dari Jabatan Kimia bahawa kandungan kimia dakwat kekal mampu bertahan lebih dari lima hari dalam masa yang sama selamat untuk digunakan.
�Bersih sudah tuntut perkara ini lama dahulu, malah sehingga di Parlimen kita sudah minta laporan ini, sampai sekarang mereka gagal untuk beri,� katanya kepada keadilandaily.
Mengulas lanjut, Lee menyifatkan isu dakwat kekal lebih besar dari isu keselamatan semata-mata dan kenyataan bercanggah itu menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti pengerusi SPR sendiri.
�Dakwat kekal bukan sekadar isu keselamatan, ia isu janji sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab terhadap pemilihan tampuk pemerintahan.
�Dia (Abdul Aziz) kata sudah bincang dengan kementerian kesihatan, tapi kementerian nafikan, rakyat mahu percaya siapa?� soalnya ketika dihubungi.
Beliau turut mendesak Aziz segera meletakkan jawata sebelum lebih banyak penipuan beliau dibongkar hingga mencalarkan kredibiliti suruhanjaya itu. ~keadilandaily